Thursday 23 February 2012

~JALAN MANAKAH YANG KAMU PILIH!~


 فَأَينَ تَذهَبونَ ﴿٢٦

(Dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran)?
-(surah at takwir:26)-

Allah swt sedang berbicara dengan hambanya.Sang Pencipta menanyakan hambanya kemanakah kamu hendak pergi!? jalan yang manakah yg kamu ingin susuri!
~Imam Maimun bin Mahran r.h pernah melaungkan amaran yang berbunyi : " JAUHKANLAH DIRIMU DARI SEBARANG HAWA YANG BUKAN BERNAMA ISLAM". Beliau mengingatkan kita bahwa jalan yg selain dari islam adalah sememangnya nafsu semata-mata biar apa jua bentuknya dan di zaman mana jua ia lahir!

Naqib ana pernah menceritakan bahwa dalam kehidupan ini, hanya ada '2 wanita idaman' yang pertama bernama 'HUDA' dan yang kedua bernama 'HAWA'. Maka pertimbangkanlah calon kamu tersebut! YA, jika di fikirkan balik, jika kita tidak sibuk dan berusaha untuk memiliki 'HUDA' maka sudah nyata sebenarnya kita sedang bergelumang dgn 'wanita yang bernama HAWA!'.Alngkah keji lagi hina apabila kita menjerumuskan diri kita ke lembah kemungkaran Sang Pencipta!

 إِن هُوَ إِلّا ذِكرٌ لِلعٰلَمينَ ﴿٢٧

(Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam)
 -(surah at takwir:27)-

dialah(Quran) 'HUDA', pelita yang menyuluh jalan yang benar dan menerangi kegelapan kemaksiatan agar para mukminin berhati-hati dan berjaga-jaga supaya tidak tersungkur ke dalam perangkap syaitan yang tidak pernah putus asa menghasut dan membelai makhluk yg bernama manusia dgn 'HAWA' iaitu material2 dunyawi yang indah di pandang dan lazat di angan-angankan! PERCAYALAH ! itu semua hanyalah fatamorgana semata-mata! nikmat dan kelazatannya akan hilang sekelip mata selepas engkau melempiaskan keinginan tehadap 'HAWA'!

لِمَن شاءَ مِنكُم أَن يَستَقيمَ ﴿٢٨
(Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul)
-(surah at takwir:28)-
 T_T, dan ternyata,Allah swt telah pon menjelaskan di sini bahwa manusia yang akan memiliki 'HUDA' hanyalah manusia yang berkehendak kepadanya sahaja! dan bagi mereka yang tidak participate dalam perlumbaan untuk merebut 'HUDA' maka mereka ini jelasnya manusia yang menuruti dan menjadi hamba 'HAWA'!rugilah mereka yg memperhambakan diri mereka kepada seseuatu yang tidak mampu memberi sedikit pon manfaat kpdnya di akhirat kelak! 


Sayyid Qutb r.h berkata di dalam tafsirnya "fi zilalil Quran":
"Pilihlah,sama ada mahu menerima syariat Allah ataupun mengikuti keinginan orang2 yg jahil.Tiada andaian/pilihan yg ketiga dan tidak ada jalan tengah di antara syariat yang lurus dan nafsu yg berubah-rubah. Sesiapa sahaja yg meninggalkan syariat Allah sebenarnya bertindak berhukumkan nafsunya. Tiap2 sesuatu yg lain dari syariat Allah adlh nafsu yg terperosok ke dalamnya org yang jahil"
-(Fi zilalil Quran,juzu' 25,m.s 136)-